BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 24, 2010

ALAT KERONCONG

Alat-alat muzik yang lazim digunakan terdiri daripada 7 jenis alat yang kesemuanya berasal dari Eropah. Alat itu ialah :~
  • Biola
  • Flute
  • Gitar
  • Cuk (Alat Asalnya Ukulele)
  • Cak (Banjo atau Mandolin)
  • Cello
  • Double Bass
Kesinambungan alat-alat ini sangat penting kerana ia saling memerlukan antara satu sama lain. Setiap alat akan memainkan rentak masing-masing kerana setiap alat mempunyai peranan masing-masing.
  • Biola
Biola merupakan alat yang tidak asing lagi di dalam seni muzik  semenjak mula digunakan pada kurun ke-11 lagi. Alat ini telah digunakan pada kali pertama pada tahun 1520. Pada masa dahulu ia dibuat dengan tangan. Antonio Stradivari (1640-1737) merupakan pembuat biola terkenal yang berasal dari Itali. Beliau berjaya menghasilkan biola yang paling tinggi mutunya dan dapat mengeluarkan suara yang baik. Sehingga sekarang beberapa biola buatannya masih ada lagi dan setiap satunya berharga berjuta-juta Dolar.

Biola menggunakan 4 tali yang diperbuat dari dawai dan dilaras dengan tali terbuka dari tertinggi:~
  • Tali pertama - E
  • Tali Kedua - A
  • Tali Ketiga - D
  • Tali Keempat - G 
Kompas atau jarak di antara not yang paling rendah kepada yang paling tinggi yang boleh dimainkan dengan biola adalah 31/2 oktaf iaitu mulai dari not ke bawah di tali keempat terbuka (Not G) kepada (Not D) yang dipicit di tali pertama hampir kekuda alat itu. Suara atau bunyi biola dihasilkan dengan menggunakan penggeset kayu (Bow) yang dipasang dengan tali-tali halus biasanya dari ekor kuda. Manakala pada masa sekarang ia diperbuat daripada Tali Nylon. 

Adakalanya ia boleh dipetik (Pizzicato) seperti memetik tali gitar untuk mengeluarkan bunyi yang berbeza daripada digesek. Tetapi ia jarang dilakukan di dalam muzik klasik.

Peranan biola adalah sebagai pemimpin atau sebagai alat yang membawa melodi. Adakalanya ia memainkan iringan secara 'counter melody' atau melodi pengiring. Selain itu, ia boleh digunakan sebagai permulaan lagu mengikut gubahan atau susunan lagu. Hal ini selalunya dibuat semasa memainkan lagu-lagu jenis keroncong asli. 

Pemain keroncong haruslah bersefahaman dengan pemain alat pembawa melodi yang satu lagi supaya tidak timbul pertelingkahan sesama sendiri. Jika tidak hasil persembahan akan menjadi tidak kemas dan kurang teratur. Biasanya masing-masing akan muncul ke tengah atau bermain secara solo atau berseorangan untuk membawa melodi atau meneruskan permainan secara perlahan di belakang atau tidak seharusnya menonjol. Hal ini sama juga dilakukan semasa penyanyi sedang menyanyi.

Kebiasannya pemain biola ini berperanan sebagai dan dia akan memainkan melodi apabila berhenti sementara daripada menyanyi di tengah-tengah lagu. Pemain biola juga haruslah mengkaji dan memahami cara mengiringi yang bercorak keroncong iaitu ada not-not hiasan (bunga-bunga), asli yang digunakan dalam permainan muzik keroncong sahaja. Corak yang pelbagai ini diperolehi dari penghayatan dari seorang pemain biola terhadap seni muzik keroncong melalui pengalaman atau pendedahan kepada seni itu. Belum ada lagi satu teori mengenainya seperti yang terdapat dalam cara 'at leap' dalam muzik barat. Pada masa ini sudah ada percubaan untuk menulis dengan menggunakan notasi muzik tetapi ia agak susah kerana setiap pemain bermain mengikut caranya tersendiri mengikut coraknya yang bebas. 


  • Flute
Flute atau juga dikenali sebagai seruling telah dipercayai digunakan sejak kurun ke-12 lagi. Tetapi dari dahulu lagi flute juga digunakan untuk alat muzik yang hampir sama bentuknya, cuma ia ditiup pada pangkal alat dan dipegang tegak bukannya melintang seperti sekarang. Jenis itu dipercayai digunakan sejak 2000 tahun S.M. lagi. Mulai kurun ke-17 flute telah memegang peranan penting dalam pemainan muzik klasik dan gubahan yang memberikan flute peranan sebagai alat solo.

Flute pada masa kini telah direka oleh Theobald Beohm (1793-1881). Ia dibuat dengan berbagai jenis yang kecil sekali dikenali sebagai Picollo, yang besar sedikit dikenali sebagai Alto Flute yang biasanya digunakan dalam gubahan klasik barat. Alto flute mengeluarkan bunyi yang lebih rendah.

Kompas Flute bermula dengan not C yang dibawah sekali kepada not yang tertinggi iaitu not A, lebih sedikit 21/2 oktaf jaraknya.

 Alat muzik flute pada masa kini tidak sama dengan seruling. Seruling merupakan alat muzik tradisional yang diperbuat daripada buluh manakala flute ini dibuat daripada perak atau logam yang bersalut dengan perak. Selain itu, ada juga flute yang diperbuat daripada sejenis kayu hitam. Pada asalnya permainan keroncong menggunakan seruling dan akhirnya ditukar kepada flute. Hal ini kerana pemain lebih bebas bermain flute disebabkan oleh kemampuan alat itu yang mempunyai kompas yang tinggi.

 Selain itu, peranan flute sama seperti biola iaitu memainkan melodi dan juga mengiringi secara 'counter melody' serta memainkan not-not hiasan. Bunyi flute memberi keasyikan kepada peminatnya jika pemain mempunyai banyak pengalaman dan berkebolehan dalam menggunakan aliran not bercorak keroncong. Adakalanya flute dan juga biola bermain secara duet sama ada secara harmonik atau unisen.
  • Cuk
Cuk merupakan satu alat yang diadaptasi daripada alat ukuleleyang diperkenalkan oleh pelajar-pelajar Eropah yang menjelajah di kawasan Timur pada kurun ke-16. Cuk berperanan sebagai alat pengiring kerana ia cuma digunakan untuk bermain kord-kord sahaja. Ukulele berasal daripada satu alat yang dikenali dengan nama 'charanga' yang dibawa dari Eropah.

 Alat ini menggunakan 8 tali nilon yang mempunyai fungsi yang sama dengan Ukulele. Cuk dipasang dengan 3 atau 4 tali nilon dan larasnya boleh ditukar ikut nada lagu. Pemain harus mahir tukar laras dengan cepat. Pemain juga perlu tukar posisi jari untuk bermain kord-kord untuk lagu yang dipersembahkan.

 Selain itu, Cuk dimainkan untuk mengiringi lagu secara kord, dipetik secara 'strumming'. Cara itu sudah berubah kepada memainkan secara petikan dan 'arpegio' dengan kord yang berasaskan kord yang sedang dimainkan. Terdapat juga kumpulan keroncong yang menggunakan dua alat Cuk dalam persembahan mereka. Biasanya petikan tiap-tiap pemain berlainan dan biasanya bertingkah.

 Laras tali cuk adalh seperti :~

 Untuk jenis lagu yang menggunakan 4 tali yang berkembang secara madura .

  • Tali Pertama - A
  • Tali Kedua - B
  • Tali Ketiga - C
  • Tali Keempat - D
Untuk jenis 3 tali:~
  •  Tali Pertama - E
  • Tali Kedua - B
  • Tali Ketiga - G
Ada beberapa cara memetik cuk sambil mengiring lagu-lagu mengikut kemahiran pemain. Asasnya seperti berikut:~




  • Cak
Cak ialah satu alat penngiring dalam permainan keroncong. Ia bergabung dengan alat cuk dan bertingkah. Pada masa dahulu alat yang digunakan untuk mengiringi keroncong adalah Banjo atau Mandolin dan alat itu dimainkan dengan cara memetik not asas pada kord yang dimainkan dengan cara tertentu.

 Cak memainkan kord menggunakan rentak 'up beat'. Cak direka baru oleh pemuzik Indonesia berbentuk seakan-akan cuk tetapi menggunakan 3 tali dawai yang berpasangan seperti mandolin. Tiada lubang bulat pada badan alat tetapi digantikan dengan lubang-lubang kecil. Dengan itu suara yang dihasilkan lebih nyaring dan tinggi.

 Laras tali Cak adalah mengikut kesukaan pemainbiasanya seperti berikut:~

  •  Tali Pertama - A
  •  Tali Kedua - B
  • Tali Ketiga - C
Jika tali pertama ditukar nadanya, maka tali kedua dan ketiga ditukar mengikut susunan di atas. Cara petik cak biasanya bertingkah dengan cuk tapi ditukar coraknya sedikit untuk menyedapkan persembahan. Pada asalnya ia adalah seperti berikut:~




  • Gitar
Alat gitar yang digunakan adalah jenis kotak atau akustik dan menggunakan tali dawai untuk tali pertama dan kedua. Tali ketiga hingga keenam dibuat daripada dawai yang dibalut dengan logam. Tali nylon tidak digunakan kerana ia tidak mengeluarkan suara yang sesuai. Gitar memainkan iringan yang berbentuk counter melody atau adakalanya rangkaian not-not yang naik ke atas menurun berasaskan kod yang dimainkan. Kord saja yang yang jarang di petik melainkan untuk memberi tekanan kepada sesuatu lagu ataupun pada permulaan lagu.

Melaras tali gitar adalah seperti biasa:-

  • Tali pertama - E
  • Tali kedua - B
  • Tali ketiga - G
  • Tali keempat - D
  • Tali keenam - E
Cari menjari kord adalah seperti biasa, walaupun tidak selalu dimainkan. Kebanyakkan pemain gitar keroncong bermain sekitar tali pertama, kedua dan ketiga sahaja. Pemain lebih banyak menggunakan jari telunjuk, jari tengah dan jari manis sahaja. Kebiasaannya pemain gitar kurang menonjol. Biasanya alat cuk berbunyi lebih jelas.

  • Cello
Cello ialah alat yang tergolong dari keluarga biola tetapi dalam keroncong asli ia dipetik (pizzicato) dan mempunyai peranan yang lebih dinamik dan lincah untuk menambahkan ketegasan rentak. Kini celo telah diubah dengan menggunakan tiga tali sahaja. Hal ini untuk memudahkan ia dimainkan kerana biasanya hanya tiga tali sahaja yang digunakan. Di Indonesia terdapat perusahaan yang membuat cello khas untuk keroncong. Alat cello pertama kali diperkenalkan pada tahun 1572 direka oleh Andrea Amati dari Cremona. Celo dilaras  mengikut pilihan pemain.

Cello yang menggunakan empat tali :-

  • Tali pertama - C
  • Tali kedua - G
  • Tali ketiga - D
  • Tali keempat - A
Cello yang menggunakan tiga tali:-
  • Tali pertama - C
  • Tali kedua - G
  • Tali ketiga - D atau C (bawah)
Cello adalah alat yang menggantikan gendang yang digunakan dalam muzik gamelan. Petikan cello mengikut rentak gendang seperti:-


  • Double Bass
Double bass merupakan alat terbesar dalam keluarga biola dan mula terkenal pada awal kurun ke 16. Ada pelbagai saiz yang digunakan mengikut kehendak pemain. Talinya diperbuat daripada dawai dan juga nylon. Alat yang paling mudah dimainkan kerana ia menekankan rentak seperti yang dilakukan oleh gong dalam gamelan. Ia dilaras mengikut laras biasa jika menggunakan 4 tali :-

  • Tali pertama - G
  • Tali kedua  - D
  • Tali ketiga - A
  • Tali keempat - E
Duoble bass tiga tali :-
  • Tali pertama - G
  • Tali kedua - D
  • Tali ketiga - A
Biasanya ia hanya memainkan satu bit sahaja dalam satu bar. Adakalanya, ia dimainkan pada bit pertama atau ketiga pada bit pertama, ketiga dan keempat. Cara terakhir itu diberi nama cara 'rumba'. Pemian double bass selalunya akan bermian tidak lebih dari apa yang ditetapkan. Jika tidak ia akan menggangu cello.

(dipetik dan diubah suai daripada buku seni muzik keroncong- ariff ahmad)



0 comments: