BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 21, 2010

SEJARAH MUZIK KERONCONG

Seni muzik keroncong boleh diterima sebagai satu hasil evolusi seni yang istimewa lahir daripada gabungan kesenian tempatan. Ia juga adalah penyesuaian selera peminat seni muzik tempatan yang secara sedar berusaha mempertahankan seni muzik asli mereka sambil menerima perubahan dan selera baru.

Tidak dinafikan jika dilihat dari segi alat-alat yang digunakan dalam permainan muzik keroncong, kesemua alat-alat itu adalah alat-alat yang dibawa dari barat. Cuma fungsi dan cara memainkan tiap-tiap alat itu sahaja yang berbeza. Ada pendapat yang mengatakan muzik keroncong dibawa oleh orang portugis pada zaman mereka berkuasa di Asia Tenggara. Tetapi jika dikaji dengan teliti tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan cirri-ciri muzik keroncong sebagaimana yang ada sekarang ini ada dalam seni muzik di Portugal.

Mungkin ada juga yang berpendapat kerana ramainya orang keturunan portugis yang menetap di beberapa daerah di Jakarta yang diketahui sangat gemar kepada lagu-lagu berentak keroncong, maka dikatakan keroncong berasal dari Portugal. Kemungkinan ada pendapat mengatakan bahawa alat-alat muzik yang berasal dari Barat digunakan dalam muzik keroncong seperti gitar, ukelili, biola dan sebagainya. Ada sejenis alat muzik traditional dari beberapa daerah di Portugal dan Sepanyol yang masih dimainkan dikenali sebagai ‘charanga’. Ia mempunyai bentuk seakan-akan ukelili dan dimainkan sebagai alat pengiring untuk penyanyi. Oleh kerana alat itu sangat dominan dan ada persamaannya dengan cara permainan alat yang menggantinya iaitu ukelili yang mengikut cara dahulu, dimainkan untuk mengiring penyanyi dalam permainan lagu keroncong, maka seni itu dikaitkan dengan seni muzik dari Portugal. Ia tidak mudah diterima.

Jika dilihat dari segi cara permainan muzik keroncong dan dibandingkan dengan muzik gamelan yang sangat terkenal di pulau jawa terutama di Jawa Tengah dan di Jawa Barat atau sunda, banyak boleh diperhatikan persamaannya daripada rentaknya hingga ke melodinya.

Kemasukan seni muzik Barat pada ketika itu mulanya tidak diterima oleh peminat-peminat muzik jawa, tetapi lama-kelamaan dengan adanya pendedahan kepada muzik asing itu ada diantara peminat muzik jawa terpengaruh dan ingin menguasai permainan alat-alat barat itu. Apa yang berlaku adalah pengaruh permainan muzik orang Portugis itu dapat dimanfaatkan oleh pemuzik-pemuzik yang tinggal berdekatan dengan membuat penyesuaian permainan alat- alat Barat itu ke dalam permainan gamelan mereka.

Alat-alat muzik barat yang mempunyai fungsi dan bunyi yang hampir sama dengan muzik gamelan digunakan untuk memainkan lagu-lagu gamelan. Akhirnya, kacukan antara alat muzik Barat dengan gamelan ini melahirkan sejenis muzik yang dinamakan KERONCONG.
(dipetik dan diubah suai daripada buku seni muzik keroncong- ariff ahmad)








0 comments: