BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 24, 2010

JENIS-JENIS MUZIK KERONCONG

Terdapat empat jenis muzik keroncong:-

  • Keroncong Asli
  • Keroncong Langgam
  • Stambul 
    • Stambul 1
    • Stambul 2
  • Keroncong Ekstra
Lagu-lagu keroncong dicipta mengikut jenis-jenis yang sudah ditetapkan iaitu keroncong asli satu dan dua, keroncong langgam, stambul 1 dan 2 dan Keroncong Ekstra.

Keroncong asli hanya menggunakan 28 bar sahaja iaitu tidak termasuk intro dan terdiri dari 3 bahagian. Pada permulaan lagu hanya satu atau dua alat solo sahaja dimainkan dan ianya menggunakan tempo bebas. Penutup lagu ataupun dipanggil coda, ianya sama sahaja dengan permulaan iaitu menggunakan satu atau dua alat solo sahaja. Manakala pada bar ke 8 dan 9 ianya mempunyai selingan. Muzik keroncong asli tidak diulang dan menggunakan 'key major'.

Seterusnya ialah keroncong langgam. Muzik keroncong langgam mempunyai bentuknya tersendiri. Jumlah bar yang terdapat dalam keroncong langgan ialah 32 bar tidak termasuk permulaan dan penutup. Ianya menggunakan tanda masa 4/4, manakala bentuk atau form keroncong langgam ialah A A B A. Ianya berbeza dengan keroncong asli dari segi menggunakan alat semasa permulaan. Keroncong langgam tidak dimulai dengan alat solo dan tidak mempunyai bridge. Keroncong langgam menggunakan tanda nada major atau minor.

Stambul juga dikategorikan dalam jenis-jenis ciptaan. Terdapat 2 jenis stambul iaitu stambul satu dan dua. Jumlah bar yang digunakan oleh stambul satu ialah 16 bar dan menggunakan tanda masa 4/4. Lagu stambul satu tidak begitu terkenal kerana lagunya pendek dan biasanya tidak meninggalkan kesan. Stambul satu menggunakan form A B. Intro dan penutup adalah bebas. Stambul satu dimainkan dengan tempo yang sederhana dan berbunyi sedih.

Stambul dua pula hampir sama dengan stambul satu tetapi jumlah barnya adalah 16x2 iaitu 16 bar pertama di ulang. Stambul dua menggunakan tanda masa 4/4 dan bentuk formnya     A B. Senikatanya berupa rangkap pantun, ada juga yang tidak menggunakan patun sebagai senikata. Ianya bebas menggunakan alat solo atau suara tanpa iringan muzik.

Selain itu, Keroncong ekstra adalah lagu-lagu yang diadaptasikan daripada lagu-lagu tradisional atau rakyat yang sudah ada. Ianya bersifat riang dan jenaka. Keroncong ekstra sangat terpengaruh oleh bentuk-bentuk lagu tradisional. Ianya tidak mempunyai bentuk tertentu pada jumlah bar atau rangkapnya oleh kerana lagu asal boleh diambil dari mana-mana sahaja.

(dipetik dan diubah suai daripada buku seni muzik keroncong- ariff ahmad)






0 comments: